Pisang Dan Hati

January 19th, 2009  Tagged ,

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan
biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu.
Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”
beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu,
pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah
tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.”Okey
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.”Itulah
sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain
dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau
pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau
kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jah-j auh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi
lebih baik darpada membenci..!!

” Sayap Yang Terluka”

October 28th, 2008  Tagged , ,

” Ubati luka di sayapku ini, kerana sakit ini terlalu lama ku pendam… Bebaskanlah kesengsaraan yang aku alami ini kerana aku tahu kau adalah penawarnya…”

Pada keindahan pagi yang membaluti rasa kesyahduan, dari bingkai jendela hari aku lihat burung-burung bersenandung hiba mengibas sepasang sayap luka dengan mata terdera. Aku tatapi burung-burung duka menyanyikan kicauan airmata dalam sendu bertalkinkan syahdu. Aku hanya mampu meratapi sepasang kepak yang hangus terkoyak bagaikan tajam sembilu menusuk-nusuk dirasakan. Begitulah kehidupan yang penuh suka dan duka yang banyak menyimpan seribu rahsia.

Dalam meniti hari indah di mata orang, tiada siapa yang nampakada kalanya kita sunyi dalam dunia kosong… mestikah punya azam setiap kali tiba tahun baru? Perlukah aku bertafakur di tepi jendela atau mengucup tangan sambil memejamkan mata membuat ‘wish’ , untuk apa yang aku mahu capai tahun akan datang? Apa lagi agaknya?  Mungkin ada yang akan kata aku sombong? kononnya diri sudah cukup sempurna?  Aku tidak kata aku cukup sempurna ? Cuma kadang-kadang aku ketawa sendiri…. Apa yang orang tengok tidak seperti yang aku angankan.

Aku mengenang kembali apa yang telah kau janjikan padaku satu masa dulu, kau kata kau kasih, kau kata kau cinta, dan aku sukacitanya menerima kasih kau itu dengan tangan terbuka. Telah ku belai, telah ku tatang, akhirnya kini aku pasti kau tidak lagi kasihkan aku. Bukan aku mengalah, namun aku pasti aku bukan milikmu dari dahulu hingga kini. Entahlah! Aduh! Mengapa ditanganmu aku cair? mengapa tidak dapat aku berdiri sendiri? Kenapa dengan kau aku jadi selemah begini? Apa yang merasuk aku? Begitu drastiknya kisah aku ini? Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Kini aku buka lembaran baru, ingin ku tutup rapat kenangan pahit yang lalu. Aku harus kuat, untuk menempuh cabaran baru yang aku pasti lebih besar melanda aku. Adakah hidup aku ini  hanya penuh dengan drama dan cereka serta ceritera? Ku ucapkan selamat tinggal pada mu kasih. Aku mahu bebas berlari, aku mahu terbang jauh pergi ke mana saja,  aku mahu pergi meninggalkan semua kenangan yang menyakitkan hati… Aku tidak mahu lagi namamu menjadi siulan didalam minda dan hati deritaku. Aku ingin mengapai bintang. Kini kau baru tersedar dari khayalan dan mimpi-mimpi indah, dan kini mata dan hati kau celik menyatakan kau kasih aku. Setelah kau gores hatiku ini. Kini kau kembali meraih cebisannya? Aku sangka aku cukup kuat untuk menolak kata-kata kau dengan sekelip mata.

Seharusnya aku boleh menepis pertanyaan kau itu dengan jawapan ‘TIDAK’!!! sekuat hati, namun setiap kali kau kata kau kasih, kau rindu aku jadi lebih hanyut, hanyut dalam deruan suara kau yang membuat aku hilang pertimbangan. Ohh! Tuhan kuatkan semangatku, aku tidak ingin hilang kawan lebih lagi hilang cinta. Aku tidak lagi boleh mengasihi kau, aku sudah tidak larat mendengar kisah bohong kau, aku bukan bodoh seperti yang kau sangkakan. Kau bukan untuk ku dan aku harap sesiapa yang jatuh kasih terhadap kau tidak menderita seperti aku. Percayalah aku sendiri tergamam mendengar kata-kata yang keluar bak muntah dari mulut ini, seperti terluah segala apa yang terpendam jauh di sudut hati selama ini.

suke2 sebab ak bosan

October 13th, 2008  Tagged

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan

repeat reff

ketika ku bersujud

( Mendalam gak maksud lagu ni ak suke la plak..maaf la ak ni kekadang jiwang gak..tp x slah pun kan..haha )

‘BOSAN’

October 7th, 2008  Tagged

Setiap  hari kena keje..keje..keje.. selagi x tutup mata mcm ni la idup klo ingin kehidupan yg lebih terjamin… lumrah lah kan…kena rajin dan terus rajin….

Sedar x sedar.. umo semakin meningkat, taraf idup pun meningkat jgak… Dunia..dunia… bila di pikirkan balik kadang bila kita kaya susah gak..bnyak benda kita akan merancang bak kata org…” Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur “

Biar la idup sederhana..asalkan ati senang…malas nk pk..makin bnyk pk makin serabut kepala otak..

Yg penting skang..kita msty berusaha maju kan dri ke hadapan biar la pe org nk ckp…mulut org ni x ley di tutup..nati lama2 bila die letih berkata-kata diam la die… Tiada sape yg boleh mengubah dri kita, oleh itu kita lah yang harus mengubah dri kita…

kadang tensen gak dengan mulut-mulut org yg x tau nk jaga ati org ni…sakit ati jgak la bila dgr..tp wat bodo je la… Tp kadang2 rasa nk nangis pun ada…

” Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata “